
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menyahbekukan akaun Aman Palestin dalam tempoh tiga hari dan sedia berdepan tindakan undang-undang daripada NGO itu.
Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki, berkata beliau belum menerima sebarang surat daripada Aman Palestin berhubung perkara itu.
“Setakat yang saya tahu, itu semua dilaporkan media. Jika mereka mahu saman SPRM, kami sedia menjawabnya. Kita akan jumpa di mahkamah.
“SPRM menjalankan tugas secara profesional, tanpa sebarang niat jahat terhadap mana-mana pihak,” katanya menurut New Straits Times.
Semalam, peguam Aman Palestin, Rafique Rashid dilaporkan berkata SPRM diberi tiga hari untuk menyahbekukan akaun bank NGO itu atau bakal berdepan tindakan undang-undang.
Khamis lalu, SPRM membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad dan beberapa entiti lain berjumlah RM15.8 juta susulan siasatan ke atas…