
PETALING JAYA: PAS cuba meyakinkan rakyat bukan Islam yang takut dengan kehadirannya dalam kerajaan campur, dengan menafikan ia akan menggunakan kelebihannya untuk melaksanakan dasar menekan golongan itu.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, parti itu sentiasa akur kepada keputusan bersama dibuat dengan parti lain yang akan menubuhkan kerajaan campuran.
Katanya, parti itu akan mematuhi prinsip Islam “tiada paksaan dalam beragama”, di mana tiada orang boleh memaksa orang bukan Islam memeluk Islam, melainkan atas kerelaan dan kefahaman individu itu sendiri.
“PAS menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS akan menggunakan kedudukan yang lebih dalam kerajaan untuk melaksanakan dasar menekan mana-mana pihak, apatah lagi di Sarawak dan Sabah yang rakyatnya menjalani kehidupan harmoni mengikut adat resam dan agama masing-masing,” katanya dalam…