
GEORGE TOWN: Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) sekali lagi menegaskan ia membantah semua projek penambakan di negeri itu.
Pendirian itu dinyatakan dalam resolusi yang dicapai pada Mesyuarat Agung tahunan (AGM) persatuan berkenaan di Hotel Pen Mutiara, hari ini.
Presidennya Mahadi Md Rodzi berkata, resolusi itu membuktikan Pen Mutiara mewakili semua nelayan di negeri itu dalam membantah projek-projek berkenaan.
“Kami tetap dengan pendirian kami untuk membantah projek penambakan laut di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk projek PSR (Projek Penambakan Pulau Pinang Selatan) di selatan Pulau Pinang dan projek penambakan baharu Rayston Residence di Bagan Ajam, Butterworth,” katanya ketika sidang media selepas AGM itu.
Mahadi turut menafikan Pen Mutiara telah cuba “mengugut, menafikan atau menipu” nelayan yang dikatakan…