

Ketua Pemuda PKR Kamil Munim tampil mempertahankan gesaannya menuntut pihak berkuasa menyiasat dakwaan kononnya NGO Mandiri menerima dana asing bagi menggerakkan kegiatan politik yang berpotensi menggugat keselamatan dan kestabilan negara.
Kamil berkata, langkah menyiasat dakwaan itu adalah lebih wajar berbanding sekadar membiarkan ia terus tular dalam talian tanpa sebarang siasatan mahupun tindakan diambil.
Menyangkal dakwaan bekas pemimpin Bersih bahawa tindakannya bertentangan dengan prinsip asas penubuhan PKR, Kamil berkata, mereka mungkin terpengaruh dengan pihak tertentu yang sengaja memutarbelitkan kenyataan awalnya.
“Saya tidak pasti adakah mereka benar-benar meneliti secara waras dan adil keseluruhan kenyataan tersebut atau ada pihak tertentu yang mempengaruhi mereka dengan memutarbelitkan kenyataan tersebut…