Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kampung Baru banjir susulan hujan lebat

today10 October 2023

Background


Anggota APM membantu menyelamatkan penduduk di Kampung Baru yang dilanda banjir petang tadi. (Gambar APM)

PETALING JAYA: Beberapa rumah di sekitar Kampung Baru ditenggelami air petang tadi susulan hujan lebat melanda sekitar ibu negara.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur, Junaidi Dukut Soeharto, berkata dua lokasi sekitar iaitu Kampung Periuk ditenggelami air sedalam 0.4m manakala Jalan Hamzah sedalam 0.5m.

Katanya, mereka menggerakkan dua pasukan untuk melakukan tugasan pemantauan.

“Hujan lebat mula turun di kawasan sekitar ibu negara hari ini sejak 4.15 petang.

“Dua pasukan dibentuk bagi memantau kawasan berisiko di Kampung Periuk, Kampung Baru dan Kampung Jalan Kubur, Pantai Dalam di sini,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Selain itu katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai lain-lain pangkat dikerahkan bagi membantu mangsa terjejas.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Viral

‘Jangan Sampai Malaikat Maut Pun You Maki’ – Aishah

Sebelum ini, penyanyi Datuk Aishah meluahkan rasa musykil dengan pemilihan rakan duet bagi pertandingan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu keempat yang akan datang. Berikutan daripada itu, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kecaman buat pelantun suara ‘Janji Manismu’ ini. Artikel Berkaitan: ‘Pemarkahan Bagaimana Yang Akan Diberikan…’ – Aishah Musykil Soal Pemilihan Artis Jemputan ASGV Jangan macam ni Wan Di Instagram, Aishah memberitahu dia menerima pelbagai kecaman berikutan kemusykilan tersebut. Malah penyanyi […]

today10 October 2023