
PETALING JAYA: Beberapa rumah di sekitar Kampung Baru ditenggelami air petang tadi susulan hujan lebat melanda sekitar ibu negara.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur, Junaidi Dukut Soeharto, berkata dua lokasi sekitar iaitu Kampung Periuk ditenggelami air sedalam 0.4m manakala Jalan Hamzah sedalam 0.5m.
Katanya, mereka menggerakkan dua pasukan untuk melakukan tugasan pemantauan.
“Hujan lebat mula turun di kawasan sekitar ibu negara hari ini sejak 4.15 petang.
“Dua pasukan dibentuk bagi memantau kawasan berisiko di Kampung Periuk, Kampung Baru dan Kampung Jalan Kubur, Pantai Dalam di sini,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.
Selain itu katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai lain-lain pangkat dikerahkan bagi membantu mangsa terjejas.
