Site icon Hot FM

Kampung Paling ‘Sunyi’ Di Perak Ini Tetap Meriah Walaupun Yang Tinggal Hanya 10 Penghuni


Azman memberitahu lantai rumah kayu tradisional penduduk dibina tinggi daripada permukaan tanah bagi meminimumkan kerosakan akibat banjir yang kerap melanda.

Walaupun dibina tinggi, banjir dahsyat pada 1964 dan 2014 menyaksikan paras air banjir setinggi lima kaki (sekitar 1.52 meter) hingga mencecah lantai rumah, menyebabkan ramai penduduk berpindah,” katanya.

Tambahnya, ejaan asal kampung itu sebenarnya adalah ‘Bandau’ yang bermaksud pelabuhan kerana pernah menjadi kawasan laluan perdagangan sekitar abad ke-19.

Malah, antara bangunan lama masih wujud di kampung itu adalah Masjid Al-Madinah yang dibina pada 1890.

Tidak hanya itu, kawasan tersebut pernah menjadi pusat pemerintahan negeri serta menempatkan makam Sultan Perak ke-15, Sultan Iskandar Dzulkarnain (mangkat 1765) dan Sultan Perak ke-21, Sultan Shahabuddin Riayat Shah (mangkat 1851) masing-masing di Pulau Indera Sakti dan Kampung Tanjung Penangguh dalam Mukim Bandar.

Selain itu, terdapat juga makam Mufti Perak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version