Hot FM

Kamu bertanggungjawab ke atas SPRM, jangan diam diri isu Azam, Gobind beritahu PM



Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo menyeru Ismail Sabri Yaakob menyatakan pendirian dan mengembalikan keyakinan terhadap SPRM.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo meminta Perdana Menteri menjawab dan menyatakan pendirian berhubung isu pemilikan kepentingan dan saham dalam beberapa syarikat dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Gobind berkata, Ismail Sabri Yaakob tidak boleh berdiam diri susulan beberapa pendedahan serta isu dibangkitkan beberapa pihak terutama Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa bulan lalu.

Beliau berkata, sebagai individu bertanggungjawab ke atas SPRM, Ismail perlu menyatakan adakah beliau sedar siasatan dijalankan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mengenai beberapa perkara terhadap Azam.

“Adakah LPPR mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan itu dan sekiranya ada, bawah peruntukan undang-undang manakah mereka bertindak dan bagaimanakah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version