Hot FM

Kanak-kanak 7 tahun maut dipercayai didera, ibu bapa ditahan


Naazron Abdul Yusof
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata punca kematian disahkan akibat kecederaan di perut akibat objek tumpul. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kematian anak perempuan mereka yang berusia tujuh dipercayai akibat didera, semalam.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata Hospital Kajang memaklumkan kematian kanak-kanak itu pada 1.11 pagi semalam di wad kecemasan selepas dibawa ibu bapanya.

Menurutnya, bedah siasat mendapati banyak tanda kesan dera lama serta baru pada fizikal mangsa dan punca kematian disahkan akibat kecederaan di perut akibat objek tumpul.

“Ibu bapa mangsa telah ditahan polis bagi membantu siasatan dan akan direman di Mahkamah Kajang,” katanya dalam kenyataan.

Naazron berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun.

Sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version