Semua mangsa terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi, Johor.

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi, Johor petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba Kempas, Wan Nor Affendi Wan Yussoff berkata mangsa yang maut ialah penunggang, Mohammad Shahril Abdullah, 38, pembonceng, Habsah Jailani, 41 dan Muhammad Dany Lukman Naim Abdullah, 10.
“Semua mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan manakala pemandu lori, Faizi Mohd Fuad Tan, 30, selamat,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, sepasukan 10 anggota bersama satu jentera FRT dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 4.47 petang.
“Motosikal jenis Yamaha LC dan lori…