Hot FM

Kanak-kanak ditemui lemas selepas dibawa arus banjir



Mayat kanak-kanak itu ditemui penduduk kampung sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

PASIR MAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 bulan ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Shapawi Stapa, berkata mangsa dikatakan bermain di anjung bersama kakaknya sebelum hilang di kawasan rumahnya yang dilanda banjir.

“Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu tengah hari tadi dan jentera digegaskan ke lokasi kejadian pada 1.04 tengah hari untuk operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah dijumpai penduduk kampung dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version