Hot FM

Kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas tergelincir



Bomba berkata mayat ditemui pada 5 petang dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dipercayai tergelincir di Air Terjun Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan ditemukan lemas hari ini pada jarak 1.5 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

Sebelum kejadian, kanak-kanak itu berada di luar rumah bersama bapanya dan rumah mereka berada berhampiran dengan kawasan air terjun.

Tidak beberapa lama kemudian bapanya menyedari anaknya itu tidak berada di kawasan rumah dan berkemungkinan tergelincir lalu terjatuh dan lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.53 tengah hari dan tiba di lokasi 2.28 petang.

“Sebaik menerima panggilan, seramai sembilan anggota termasuk pegawai dari BBP Kuala Krai bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version