Polis berkata wanita berusia 58 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 33(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.

PETALING JAYA: Seorang guru besar sebuah taska di Ipoh akan didakwa di Mahkamah Majistret esok selepas seorang kanak-kanak dalam jagaannya ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam kolam renang.
Ketua Polis Daerah Ipoh Yahaya Hassan berkata, wanita berusia 58 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 33(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengabaikan dan cuai menjaga kanak-kanak.
“Kita menahan seorang wanita berumur 58 tahun, yang merupakan guru besar taska berkenaan di IPD Ipoh dan akan didakwa esok,” katanya lapor Bernama.
Yahaya juga menafikan dakwaan polis tidak menjalankan siasatan secara telus kes melibatkan kematian kanak-kanak itu seperti yang tersebar di media sosial.
“Pihak polis memandang serius terhadap dakwaan…