Hot FM

Kanak-kanak maut dalam kemalangan babit lori


garisan kuning
Seorang kanak-kanak maut manakala bapa saudaranya cedera ringan susulan kemalangan dengan sebuah lori di Pahi.
KUALA KRAI:

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Chenis, Pahi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Krai, Maizan Mustaffa, berkata ketika kejadian 10.55 pagi itu, lori terbabit dari arah Jalan Utama Kota Bharu-Gua Musang menghala ke Kampung Chenis, manakala motosikal ditunggang bapa saudara mangsa dalam perjalanan ke Bukit Pelampong.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa terlanggar bahagian kanan lori yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang juga pembonceng mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala bapa saudara mangsa cedera ringan,” katanya.

Mayat dibawa ke unit forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat. Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version