Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Penyanyi rap popular Kanye West menerusi laman Instagram rasmi miliknya telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap jenama sukan adidas di mana beliau mendakwa adidas telah ‘menciplak’ idea koleksinya untuk kegunaan syarikat tersebut.
“Kasut ini adalah Yeezy tiruan,” tulis Kanye di Instagram. Perkongsian itu merujuk kepada rekaan sandal Adilette 22 yang sudah dilancarkan di pasaran Mei lalu.