

Tiga pekerja nyaris maut selepas sebuah kapal tangki dipercayai ‘kapal hantu’, yang ditemui hanyut di perairan Terengganu tahun lepas, meletup dan terbakar di sebuah jeti di Kemaman, petang tadi.
Ketua Polis Kemaman Mohd Razi Rosli berkata, ketika kejadian, tiga pekerja termasuk dua warga asing berusia antara 39 hingga 46 tahun sedang menjalankan kerja pemotongan besi menggunakan pemotong gas oksigen di atas kapal itu.
Beliau berkata, polis menerima panggilan mengenai kejadian berlaku di Jeti Glorious Innovation, Kampung Bukit Kuang, itu pada 3.18 petang.
“Ketika kerja dijalankan, secara tiba-tiba berlaku letupan kecil pada kapal tangki itu lalu terbakar.
“Bagaimanapun, ketiga-tiga pekerja sempat turun dari kapal untuk menyelamatkan diri,” katanya, lapor Bernama.
Anggota bomba yang tiba di lokasi pada 3.23 petang berjaya mengawal kebakaran kira-kira…