Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kapal tangki China ditahan berlabuh tanpa kebenaran

today22 August 2024

Background


Kapal tangki China ditahan
Kapal tangki berdaftar di China yang ditahan kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran di 15.4 batu nautika barat laut perairan Muka Head Pulau Pinang.  (Gambar APMM)

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah kapal tangki yang berdaftar di China kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran di 15.4 batu nautika barat laut perairan Muka Head Pulau Pinang semalam.

Pengarahnya Razali Kasim berkata kapal tangki sepanjang 130.2m yang ditahan pada 12.50 tengah hari itu gagal mengemukakan dokumen kebenaran bersauh.

“Kapal tangki itu dikendalikan 18 kru termasuk nakhoda yang semuanya warga China, berusia 31 hingga 51 tahun dan mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Namun nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan turut memberikan alasan menunggu arahan pelayaran seterusnya daripada pihak syarikat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post