Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kapten Burnley, Josh Brownhill nafi beliau warga Malaysia

today29 December 2024

Background


Sebelum ini tular khabar angin mengenai kewarganegaraan kapten Burnley, Josh Brownhill (kanan) dan ada peminat membuat spekulasi beliau mungkin layak bermain untuk skuad Harimau Malaya. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kapten kelab bola sepak Burnley, Josh Brownhill menafikan khabar angin yang tular di media sosial mengenai kewarganegaraannya, yang dikaitkan dengan Malaysia.

Menerusi catatan di Instagramnya, pemain tengah berusia 29 tahun yang menjadi pemain utama Burnley sejak 2020 itu menjelaskan bahawa beliau berbangsa Inggeris.

“Sekadar mahu menangani situasi mengenai beberapa khabar angin yang tersebar. Malangnya satu-satunya kewarganegaraan saya ialah Inggeris, dan saya bukan rakyat Malaysia seperti yang difikirkan oleh sesetengah orang.

“Saya tidak pasti bagaimana semua khabar ini bermula, tetapi saya perlu buat penjelasan. Bagaimanapun saya ucapkan terima kasih terhadap sokongan semua pihak, terima kasih,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di Instagram.

Kenyataan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post