
TAPAH: Karikatur pemimpin kerajaan perpaduan yang dibawa penyokong Perikatan Nasional (PN) pada penamaan calon PRK Ayer Kuning pagi tadi hanyalah salah satu cara menyampaikan mesej dan meluahkan rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan.
Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Annuar Musa berkata penggunaan karikatur itu juga tidak menyalahi undang-undang dan bukannya satu bentuk provokasi.
“Masing-masing ada cara dan pendekatan untuk memberi mesej kepada kerajaan selagi ia tidak menyalahi peraturan.
“Barisan Nasional (BN) juga ada cara mereka. Pada saya ini proses demokrasi dan biarkanlah ia berjalan,” katanya ketika ditemui dalam satu program kempen di sini.
Annuar turut mengingatkan DAP bahawa parti itu juga ketika menjadi pembangkang pernah menggunakan karikatur terhadap beberapa…