Kalau korang tengah mencari aktiviti hujung minggu yang best untuk keluarga, geng kerja atau besties, inilah acara yang korang patut aim!
Karnival Zakat Selangor 2025 bakal membuka tirai dengan penganjuran paling besar setakat ini. Penuh aktiviti, penuh ilmu dan penuh hiburan!
Paling best? Tak payah bayar tiket pun! Masuk PERCUMA!
Acara tiga hari ini akan berlangsung pada 27 – 29 November 2025, dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam, bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.
Jom tengok highlight yang korang tak boleh miss!
Cari Kerja? Lebih 1,500 Peluang Menunggu!
Bahagian paling “laku keras” setiap tahun tapi tahun ni lagi besar! Lebih 1,500 peluang kerjaya dari pelbagai sektor akan ditawarkan di Karnival i-Kerjaya.

Kalau korang tengah cari kerja baru, nak lompat industri atau baru nak mula bina kerjaya, boleh terus walk-in interview di sana. Datang bawa CV, selebihnya biar rezeki berjalan.
Pelbagai Aktiviti Untuk Semua Peringkat Umur
Tak kisah korang datang dengan family, pasangan,…