
Enam syarikat berdepan hukuman denda penalti kewangan selepas Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengeluarkan keputusan cadangan berhubung pembabitannya dalam kartel tipuan bida melibatkan perolehan Jabatan Penjara Kluang.
MyCC dalam kenyataan berkata kartel itu membabitkan 16 sebut harga dan satu tender dengan nilai perolehan antara RM30,000 hingga RM3 juta, menjadikan jumlah keseluruhan bernilai RM7.3 juta.
Menurut suruhanjaya itu, hasil penyiasatan mendapati syarikat-syarikat terbabit secara berperingkat melanggar Seksyen 4(2)(d) Akta Persaingan 2010 atau Akta 712, yang melarang amalan penipuan bida dalam proses perolehan.
“Kartel beroperasi melalui pertukaran maklumat serta penyelarasan penyerahan tender dan bida oleh pihak yang sama, dengan objektif menghalang, menyekat atau mengekang persaingan secara ketara dalam…