
NIBONG TEBAL: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menjalankan pemeriksaan awal dan penilaian terhadap semua aset-aset kementerian itu, sebagai persediaan menghadapi banjir ketika musim monsun timur laut.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Mansor Othman, berkata pemeriksaan dan penilaian itu, bagi memastikan semua aset terutama rumah pam, pam-pam dan pintu air dapat berfungsi dengan baik dan berjalan lancar.
“Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) beri amaran awal yang dikatakan hujan lebat bermula sekarang dan kami di KASA telah mengambil langkah awal memeriksa aset-aset kita, kerana ini mustahak yang perlu dikawal selia dan buat penilaian selalu bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.
“Kita telah periksa rumah-rumah pam, pam-pam, pam-pam di pintu masuk, bagi…