Di bulan Ramadhan yang mulia ini sudah pasti ramai umat Islam yang berlumba-lumba untuk melakukan ibadah sebanyak mungkin.
Seperti kita semua tahu, lebih banyak pahala dan ganjaran bagi mereka yang melakukan solat tarawih di masjid berbanding hanya di rumah.
Lebih baik jika anak-anak kecil juga diberi pendedahan awal untuk melakukan solat tarawih dengan turut membawa mereka bersama ke masjid.

Gambar hiasan
Terbaru, menerusi laman Twitter @brgsjks, lain pula jadinya bila seorang ayah membiarkan anaknya seorang diri ketika sedang menunaikan solat tarawih.
Clingy pic.twitter.com/pj4oySXSbg
— brgsjks (@brgsjks) May 6, 2019
Ekoran kejadian itu, ramai netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak perempuan itu selain turut berkongsi pengalaman masing-masing.
“Aku pernah dua² anak duduk atas masa sujud , nak dkat 10 minit aq sujud tak leh bangun dah mcm solat hajat,” menurut @eddyywords
Dalam pada itu, tidak kurang juga yang terhibur melihat aksi backflip nya itu.
Kesian budak tu hahahahha adoi pandai back flip
— MEKD (@fadhilaramli9) May 6, 2019
https://twitter.com/tykahfauzii/status/1125780658314334209
Apa pun, inisiatif ibu bapa yang membawa anak ke masjid seharusnya diberi pujian namun mereka juga harus pastikan keselamatan anak-anak terjamin agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti ini.
