Ibu kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil tampil memberi teguran kepada segelintir netizen yang sewenang-wenangnya menabur fitnah terhadap diri dan anak lelakinya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hafiza kelihatan berkongsi tangkap layar yang dimuat naik di platform Facebook memaparkan foto dia dan bekas menantunya, Bella Astillah bersama kedua-dua cucunya.
Lebih mencuri perhatian, hantaran yang tertulis ‘Aliff ayah kepada Ara dan Ayden.. Aliff ada hak untuk ambil semula cucu saya’ itu disifatkannya sebagai fitnah.
View this post on Instagram
Jelasnya, dia sudah lali dengan tindakan tidak bertanggungjawab netizen terhadap dirinya dan keluarga.
Bahkan, memaafkan serta mendoakan kesejahteraan individu tersebut.
“Inilah yang dapat saya ucapkan baut penabur-penabur fitnah yang tidak berkesudahan. Kasihan.
“Teruskanlah jika ini membuat awak tenang dan bahagia. Kami tetap memaafkan dan mendoakan kesejahteraan anda dengan berlapang dada.
“Syukur Allah maha baik berikan kami ketenangan jiwa, syukur,” jelasnya.
Terdahulu, Fiza menerusi hantaran berlainan ada menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat kedua-dua cucunya, Ayden dan Ara.
Kata Fiza, walaupun terpisah jauh dia dan keluarga sentiasa mendoakan agar kedua-dua cucunya itu membesar dengan baik, sihat dan bahagia.
“A love note for our beloved granchildren, Ayden Adrean dan Ara Adreana. Bulan ini adalah bulan kelahiran buat cucunda berdua masya-Allah. Bertambah setahun lagi umur Ayden dan Ara.
“Umi Wan dan Tok Ayah sentiasa mendoakan cucunda berdua membesar dengan sihat dan bahagia. Menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Sentiasa menjadi penyejuk mata pada keluarga.
“Walaupun kita terpisah jauh, kami sentiasa ingat dan kasih sayang serta cinta kami tidak akan pernah pudar. Cuncunda berdua adalah penyambung keturunan kami.
“Berpisah di dunia hanya sementara inshaa-Allah, dengan izin Allah kita akan berkumpul lagi di akhirat kelak. Be happy my darling, dan kami akan sentiasa menyayangi kalian berdua selama-lamanya,” katanya.
Dalam hantaran berkenaan, Fiza juga turut meninggalkan tanda pagar #OurGrandChildrenBirthdayJuly2025.
ARTIKEL BERKAITAN:Bekas Mentua Bella Astillah Titip Ucapan Ulang Tahun Buat Cucu Tercinta – “Kasih Sayang, Cinta Kami Tak Pernah Pudar”