
PETALING JAYA: Ancaman serangan siber di Malaysia dijangka terus meningkat pada 2024 membabitkan organisasi yang berurusan dengan data peribadi dalam industri kewangan dan telekomunikasi, menurut firma keselamatan siber global, Kaspersky.
Firma itu mendedahkan bahawa pada 2023, sistem pengesanannya telah menyekat 26.85 juta serangan “bawaan Internet” di Malaysia, mewakili 74,000 serangan setiap hari.
Dalam kes “jangkitan tempatan”, sistem pengesanan Kaspersky menghalang 22 juta ancaman di negara itu, yang diterjemahkan kepada 60,000 serangan setiap hari.
Pengurus Besar Kaspersky Asia Tenggara, Yeo Siang Tiong berkata kecanggihan setiap serangan meningkat sejak beberapa tahun lalu malah sistem pengendalian yang paling selamat boleh terjejas.
“Memandangkan pelaku ancaman berterusan…