
PETALING JAYA: Jabatan Kastam menafikan dakwaan bahawa Ketua Pengarahnya Anis Rizana Mohd Zainudin menyalahgunakan dana kerajaan untuk bercuti ke Bangkok bersama keluarganya.
Jabatan itu berkata dakwaan tersebut yang ditularkan di platform media, baru-baru ini sebagai tohmahan dan fitnah tidak berasas, lapor Berita Harian.
Kastam juga menegaskan tiada sebarang peruntukan jabatan digunakan bagi membiayai kos penerbangan, penginapan atau kos lain berkaitan perjalanan Anis Rizana dan keluarga ke Bangkok, sebaliknya ia ditanggung sepenuhnya oleh beliau sendiri.
Menurutnya, Anis Rizana ke Bangkok atas urusan peribadi selepas permohonan berkaitan diluluskan ketua setiausaha perbendaharaan (KSP) selaku pegawai pengawal jabatan itu.
“Anis Rizana mengambil cuti selama dua hari pada 30 Okt dan 1 Nov lalu,…