
PETALING JAYA: Kastam merampas empat kontena mengandungi daging babi seberat 96,000kg dianggarkan bernilai RM2.7 juta, dipercayai tidak mempunyai permit import daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Norlela Ismail berkata daging tersebut dirampas oleh bahagian penguatkuasaan pihaknya dalam operasi pada 13 Feb lepas di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.
Katanya, hasil pemeriksaan menemukan muatan daging babi dari Brazil dipercayai untuk kegunaan sempena Tahun Baharu Cina lepas.
“Modus operandi yang digunakan ialah dengan mengikrar tidak benar dagangan sebagai ‘furniture accessories’ melalui Borang Manifes bagi mengelak dikesan pihak kastam,” katanya menurut laporan Bernama.
Sementara itu, Norlela berkata pihaknya turut merampas sebuah kontena…
