Site icon Hot FM

Kastam rampas lebih RM40 juta dadah ‘zombie’ di KLIA


Antara kotak berisi botol aluminium mengandungi fentanyl yang jika dicampur dengan dadah jenis xylazine akan menyebabkan manusia menjadi seperti ‘zombie’. (Gambar Bernama)

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 807.9kg dadah berbahaya jenis fentanyl bernilai RM44.4 juta di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 9 Dis lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Sazali Mohamad berkata dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, pihaknya menyita 36 kotak berisi 72 botol aluminium mengandungi bahan cecair dadah itu.

“Ini merupakan kes pertama JKDM merampas dadah jenis ini yang 100 kali lebih berbahaya daripada morfin dan 20 ke 40 kali lebih kuat daripada heroin.

“Sekiranya ia dicampur dengan dadah jenis xylazine akan menyebabkan manusia boleh jadi macam zombie…ia sangat berbahaya sekiranya berleluasa dalam negara, bagaimanapun ia bukan untuk pasaran Malaysia,” katanya pada sidang media…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version