
PETALING JAYA: Jabatan Kastam Kelantan merampas 2,460,000 batang rokok putih bernilai RM1.84 juta selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Pulai, Gua Musang, semalam.
Serbuan dilakukan pada 2.20 petang hasil maklumat diterima serta intipan dijalankan mengenai kegiatan penyeludupan itu.
Pengarah Kastam Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, sebaik menerima maklumat itu, pasukan operasi Bahagian Penguatkuasaan Kota Bharu menyerbu sebuah rumah yang dijadikan sebagai stor simpanan barangan seludup terbabit.
“Pemeriksaan lanjut menemui sejumlah rokok dipercayai diseludup, dengan anggaran nilai sebanyak RM196,800 dan anggaran cukai sebanyak RM1,643,280,” katanya menurut Bernama.
Katanya, modus operandi digunakan sindiket terbabit ialah menyimpan stok rokok di rumah tidak bernombor, sebelum…