
PORT DICKSON: Jabatan Kastam hari ini menawarkan ganjaran 10% daripada nilai rampasan kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat mengenai barangan yang dikategorikan lari cukai serta pelakunya.
Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan berkata, barangan itu termasuk rokok, minuman keras dan kenderaan dengan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.
“Jika nilai rampasan berjumlah RM1 juta, maka 10% daripada itu, iaitu sebanyak RM100,000, akan diberikan kepada pemberi maklumat,” katanya.
“Kita harap lebih ramai menghubungi kastam jika lihat perkara disyaki, kita anggap pemberi maklumat ini sebagai kategori A, iaitu apabila kastam sampai di tempat tersebut, boleh terus tangkap pelaku dan barangan yang lari cukai itu, ia termasuk juga kes melibatkan dadah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program…