Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Kau Convert Jadi Binatang Je Lah, Menyushkan!” – Farid Kamil Tuju Kepada Siapa?

today10 March 2023

Background

Pelakon sensasi, Farid Kamil sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas beberapa perkongsiannya di Instagram Story mengundang pelbagai reaksi netizen.

Terkini, Farid memuat naik status baru di Instagram miliknya meluahkan rasa berang terhadap seseorang yang melakukan poligami dan memukul wanita.

Menerusi hantaran itu, suami kepada aktres jelita Diana Danielle itu menganggap individu berkenaan hanya menyusahkan pihak lelaki atas tindakannya itu.

“Mula-mula kes poligami kau. Lepastu pukul perempuan pulak… Kau ni memang menyusahkan lelaki la mat.. Kau convert jadi binatang je la, senang mat Sol,” tulisnya.

Sebelum ini, Farid mendedahkan isterinya, Diana Danielle sehingga kini masih trauma selepas dipukul oleh bekas kekasihnya pada tahun 2005.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Memukul Wanita Bernama Diana Pada 2005,” – Tiada Niat Ungkit Kisah Silam, Farid Kamil Kesal Isteri Masih Trauma

Terdahulu, Farid turut memuat naik hantaran di Instagram berbentuk sindiran dan individu lelaki memukul wanita itu sebagai munafik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah Ini Anak Munafik…Macam Filem” – Muat Naik Hantaran, Farid Kamil Sindir Siapa?

Written by: Aqilah


Previous post