Penyanyi dan pelakon, Erissa Puteri memberikan respon terhadap warganet yang bertanya tentang cahaya mata kepadanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baju Sanding Erissa Puteri Jadi Bualan Netizen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erissa Puteri Sah Bergelar Isteri Anak Kenamaan
Respon Erissa

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Erissa atau nama lengkapnya Erissa Puteri Hashim, 22, dilihat berang lalu menyelar warganet yang menyoal tentang zuriat.
Kau cakap banyak-banyak ni, kau dah kahwin ke belum?
Kau ingat anak ni boleh order (pesan) ke?
Hari ni nak esok sampai, kau ingat ni apa?TikTok Shop?
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga kurang senang dengan pertanyaan tersebut dan mempertahankan Erissa.
Menurut mereka, perkara tersebut sangat sensitif untuk disoal, tambahan pula usia perkahwinan mereka masih lagi baharu.
Biarlah dia ada anak atau tidak, tak payah sibuk hal rumah tangga orang, dia pun baru je kahwin.
Rezeki masing-masing, kenapa nak ambil tahu pasal…