Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

“Kau Memang Layak Bro” – Abang Viva Terima Sijil Adiwira Prihatin Musibah Daripada APM

today29 December 2021

Background


Menurut laporan, Abang Viva sanggup mengambil cuti kecemasan dan enggan menerima segala tajaan dalam proses menyelamat mangsa banjir.

Lelaki kelahiran Melaka itu kini telah diberikan sijil kepujian Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam 2021 (Adiwira Musibah Banjir) daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Anugerah itu diberikan atas jasanya menyelamat orang awam sepanjang Monsun Timur Laut.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi APM baru-baru ini.

Kelihatan Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed menyampaikan ‘Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya’ kepada Azwan Omar (Abang Viva) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir di Shah Alam dengan membawa sebuah bot atas bumbung kereta dari Melaka.

Sijil disampaikan semasa lawatan beliau ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang pada Selasa baru-baru ini.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post