Menerusi perkongsian video daripada @miszzhanafirmien, program iftar di sebuah masjid dipercayai di negeri Kelantan itu menjemput kaum Cina dan India untuk berbuka puasa bersama-sama dengan umat Islam.
Memandangkan video seperti itu jarang tular atau dipaparkan di media sosial, ia telah membuatkan ramai mengagumi keharmonian pelbagai bangsa dan kaum di negeri berkenaan.