Polis membuka 14 kaunter bayaran tunai di pekarangan SNBJ, menawarkan diskaun saman trafik sehingga 50%, sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.

PETALING JAYA: Kaunter diskaun saman trafik di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani akan terus beroperasi hingga 9 malam ini disebabkan sambutan menggalakkan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik Bukit Aman Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, lebih 18,000 saman trafik diselesaikan semalam, manakala 3,015 diselesaikan setakat 12 tengah hari ini.
“Semalam kaunter saman dibuka dari 9 pagi hingga 4 petang, tetapi kerana sambutan yang meriah, polis memutuskan ia dilanjutkan ke 9 malam hari ini,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di kaunter saman trafik hari ini, lapor Bernama.
Beliau berkata, polis menyediakan…