Charles Santiago berkata langkah itu lebih berkesan daripada mengenakan denda dan hukuman penjara lebih berat.

PETALING JAYA: Bekas ketua Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mahu kerajaan mengawal selia pembuangan sisa berbahaya kerana langkah itu mampu mengekang insiden pencemaran.
Charles Santiago, yang juga bekas Ahli Parlimen Klang, berkata mengawal selia proses pembuangan sisa berbahaya berbanding mengenakan pendekatan menghukum dilihat lebih berkesan bagi menghalang pencemaran.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung cadangan meningkatkan hukuman bagi pencemaran air dari RM100,000 kepada RM10 juta dan penjara maksimum dari setahun kepada 15 tahun, atau kedua-duanya.
“Ketika ini, pengumpulan dan pembuangan sisa berbahaya tidak dikawal selia. Justeru,…