Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kawal selia TikTok Shop, KKD bincang dengan agensi, kementerian berkaitan

today4 November 2023

Background


Ketiadaan wakil TikTok di Malaysia menyebabkan beberapa urusan tidak dapat diselesaikan dengan segera, menurut Fahmi Fadzil. (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan perbincangan dengan agensi dan kementerian berkaitan berkenaan aspek kawal selia di TikTok Shop.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mendapat maklumat asas mengenai demografi dan barangan yang dijual menerusi platform itu selepas timbalannya, Teo Nie Ching mengadakan pertemuan dengan pihak TikTok pada Khamis lepas.

“Saya ada minta beberapa perbincangan susulan sebab maklumat perlu lebih terperinci dan selepas ini kita akan adakan perbincangan dengan kementerian dan agensi lain kerana dari segi bidang kuasa, KKD dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) lebih kepada kawal selia penggunaan rangkaian.

“… tetapi ada beberapa perkara lain bawah bidang kuasa seperti contoh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post