Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata, kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan membeli ubat dengan meletakkan Pharmaniaga Bhd di bawah bidang kuasanya.

PETALING JAYA: Kerajaan digesa mengawal semula pengeluaran ubat generik dan meletakkan pembekal farmaseutikal, Pharmaniaga Bhd di bawah bidang kuasanya.
Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, berkata dengan meletakkan semula pengeluaran ubat di bawah kerajaan seperti dahulu, boleh mengurangkan perbelanjaan membeli ubat-ubatan.
Sebelum ini, makmal dan stor ubat Kementerian Kesihatan mengeluarkan ubat generik untuk hospital kerajaan. Bagaimanapun, ia diswastakan di bawah perjanjian konsesi dengan sebuah syarikat swasta yang menjadi Pharmaniaga.
Jeyakumar memberitahu FMT, entiti yang diswastakan untuk perolehan ubat akan berusaha memaksimumkan keuntungan.
“Jadi kos ubat-ubatan mungkin 10% hingga…