Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Kawan Baik Dedah Perbualan Farah Salleh ‘Naik Hantu’ Terhadap Shuk Sahar

today7 March 2025

Background

Kontroversi rumah tangga pelawak terkenal, Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet apabila kedua-duanya dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, kedua-dua pihak dilihat saling menyerang dan membalas kenyataan masing-masing di Instagram milik mereka, bagaimanapun, Shuk mendiamkan diri dan hanya diwakili oleh rakan baiknya, Raje Ridzuan Khai yang tampil mendedahkan bukti sekaligus menyangkal beberapa dakwaan Fara.

Antara tuduhan yang dibangkitkan adalah Shuk dikatakan tidak melawat Fara di hospital ketika dia mengalami masalah jantung akibat kehamilannya.

Bagaimanapun, Raje memuat naik bukti bahawa dia dan Shuk telah ke hospital untuk mencarinya, namun tidak berjaya menemuinya.

“Bukan tak jenguk! Bukan tak melawat..cari tak jumpa..kalau rasa diri tu baik sangat sebagai seorang isteri.. update la kat mana kau berada,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raje Ridzuan Khai (@imraje)

Selain itu, Raje turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp antara pasangan tersebut yang menunjukkan Fara berulang kali menghina Shuk.

Menepis tuduhan bahawa dia menghasut Shuk atau cuba mempertahankan sesuatu yang salah, Raje menegaskan bahawa dia hanya ingin membongkar kebenaran.

“Kalau nak aku senyap, kau pun kena senyap dan duduk diam-diam tak perlu kecoh di media sosial. Aku bukan nak hasut suami kau tapi mana yang salah aku direct cakap depan muka, mana yang betul, betul..

“Jangan terlalu tunding jari dekat orang itu orang ini semata nak nampakkan kau terpaling tersakiti. Harap kau boleh berhenti buka kain sendiri dekat media sosial lepas ni.

“Jaga kesihatan sebab aku rasa kau ni kurang sihat dari segi mental dan kelakuan, terlalu banyak negatif yang bermain di fikiran kau,” katanya.

Sebelum ini, Fara mendedahkan bahawa dia telah memfailkan penceraian terhadap Shuk pada awal Februari lalu.

Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023, dan kini sedang menanti cahaya mata pertama mereka.

Sebelum itu, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera, namun perkahwinan mereka berakhir pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raje Ridzuan Khai (@imraje)

Artikel Berkaitan:

Written by: Salma


Previous post