Hot FM

Kawasan bencana tanah runtuh terlalu bahaya, NGO tak dibenar masuk, media dikawal



KPN Acryl Sani Abdullah berkata pertubuhan swasta tidak dibenarkan masuk kawasan bencana. (Gambar Facebook)

BATANG KALI: Kawasan bencana tanah runtuh diisytiharkan terlalu bahaya untuk dimasuki orang awam, malah media juga terpaksa dikawal.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah berkata pertubuhan swasta tidak akan dibenarkan membantu usaha mencari dan menyelamat di kawasan bencana di Father’s Organic Farm.

Katanya kepada pemberita, NGO tidak dibenarkan masuk kerana pihak berkuasa mendapati kawasan itu masih belum selamat, justeru usaha mencari dan menyelamat mangsa akan dilakukan oleh badan-badan terpilih dan diketuai bomba.

“Bomba akan menentukan siapa dibenarkan masuk kawasan pencarian untuk membantu mereka,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Penerangan turut mengawal keluar masuk media. Mulai esok hanya RTM dan Bernama dibenarkan masuk, manakala pemberita dan jurufoto media lain akan masuk selama satu jam secara bergilir.

Jumlah kematian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version