
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus membantu serta menjaga kebajikan bekas atlet lumba jalan kaki negara, G Saravanan, yang menghidap penyakit neuron motor (MND).
Menteri Taufiq Johari berkata KBS tidak akan mengabaikan kebajikan atlet veteran yang pernah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Saravanan, 56, memenangi pingat emas di Sukan Komanwel 1998. Beliau menghidap penyakit yang menjejaskan sel saraf motor di otak dan saraf tunjang sejak 2021, dan keadaannya dilaporkan semakin merosot sejak tahun lepas.
Beliau kini bergantung pada bantuan alat pernafasan, tidak boleh bercakap, tidak boleh berjalan serta hanya mampu makan melalui tiub dan memerlukan penjagaan rapi daripada ahli keluarga.
“KBS bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) sedang meneliti keperluan semasa dan kos rawatan bekas atlet itu,…