Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KBS akui kelompangan, masalah komunikasi dalam isu Azizulhasni

today1 September 2026

Background


Menteri Belia dan Sukan Taufiq Johari berkata keputusan memberi laluan kepada jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Awang meneruskan misi ke LA28 dipersetujui dalam mesyuarat Lembaga MSN pada 13 Ogos lalu.
PUTRAJAYA:

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengakui terdapat kelompangan dan masalah komunikasi yang mencetuskan polemik mengenai perancangan jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Menteri Belia dan Sukan, Taufiq Johari, berkata pihaknya mengambil tanggungjawab terhadap perkara itu dan mahu memastikan masalah komunikasi antara atlet, Majlis Sukan Negara (MSN), persatuan sukan kebangsaan serta pihak berkaitan tidak berulang.

“Jika ada ‘communication breakdown’ atau kesilapan dari segi komunikasi, kita mengambil tanggungjawab tersebut dan ingin memastikan perkara sebegini tidak berulang.

“Komunikasi yang baik daripada MSN, atlet dan persatuan sangat penting supaya tidak berlaku sebarang polemik atau kekeliruan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post