Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KBS jumpa MOM berkait ugutan pesuruhjaya sukan

today21 November 2023

Background


Norza Zakaria membidas Suhardi Alias yang didakwa mengugut untuk membatalkan pendaftaran Majlis Olimpik Malaysia.

PETALING JAYA: Satu perjumpaan akan diadakan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkait salah faham antara badan itu dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) Suhardi Alias.

Pejabat Pesuruhjaya Sukan dalam kenyataan berkata pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar.

“KBS yakin dengan sesi perjumpaan ini, semua pihak akan mendapat pencerahan dan salah faham ini dapat diselesaikan secara baik,” menurut pejabat itu.

Sebelum ini Suhardi dilapor mengugut untuk membatalkan pendaftaran MOM sehingga menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin persatuan sukan kebangsaan.

Situasi bertambah ‘panas’ apabila Presiden MOM yang juga Presiden BAM, Norza Zakaria membidas tindakan itu, dan meminta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk campur tangan.

Kenyataan Norza itu berdasarkan satu klip audio…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Verbic bawa Slovenia ke Jerman

Ljubljana: Benjamin Verbic menjaringkan gol kemenangan di hujung perlawanan untuk membolehkan Slovenia layak ke Euro 2024 di Jerman namun lawan mereka, Kazakhstan perlu melalui aksi playoff Mac depan selepas tumpas 1-2.

today21 November 2023