
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengecam tindakan sekumpulan penyokong bola sepak yang mencetuskan pergaduhan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, laluan Ampang-Sri Petaling, kelmarin.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenang-wenangnya hingga menyebabkan kerosakan aset kerajaan dan harta benda awam.
“Jadi kalau mereka lihat …ini aset Prasarana (Prasarana Malaysia Berhad) tak payah jaga, sangat mengarut. Saya berharap tak ada lagi perkara seperti ini akan berlaku.
“Kemudahan Prasarana selalunya mereka panjangkan masa perkhidmatan untuk menyenangkan penyokong bola sepak, jadi kita kena balas dengan adab,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Liga Bolasepak Wanita Nasional…