Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KBS rancakkan Rakan Muda di setiap daerah

today25 May 2024

Background


Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk pelaksanaan Hari Belia Negara tahun ini. (Gambar Bernama)

MELAKA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan merancakkan pelaksanaan program Rakan Muda di semua daerah menerusi penganjuran program dan aktiviti khusus untuk golongan belia dan anak muda.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, menerusi dana tambahan sebanyak RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Belia Negara hari ini, KBS akan menyelaraskan usaha menjalankan program berkaitan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM).

“Hari Belia Negara kali ini ialah tahun kedua kita bekerjasama dengan MBM yang terlibat sebagai penganjur dan KBS hanya memantau pelaksanaan sambutannya.

“Ini usaha kita dalam memperkasakan MBM secara terus untuk terlibat sama dalam penganjuran dan bukannya sebagai pemerhati,” katanya selepas majlis perasmian sambutan Hari Belia Negara peringkat kebangsaan di Dataran Pahlawan, Bandar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

KOM harap Azeem, Shereen layak ke Olimpik

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pemilihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), menyenaraikan Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy dalam senarai pendek sebagai cadangan nama untuk diberikan tiket ‘wildcard’ di Sukan Olimpik Paris 2024.

today25 May 2024