

Kementerian Dalam Negeri dalam proses untuk menarik balik larangan terhadap tiga buku yang didakwa mengandungi ideologi komunisme, termasuk sebuah memoir nenek kepada seorang Adun DAP.
Menteri Dalam negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementerian masih menunggu jawapan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung perkara itu, lapor Malaysiakini.
Saifuddin berkata keputusan tersebut dibuat selepas isu itu dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam.
Beliau berkata, sebagai menteri, beliau mempunyai kuasa untuk menarik balik perintah larangan tersebut.

“Itu yang saya guna sekarang. Tetapi saya mestilah terlebih dahulu mendapatkan maklum…