Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KDN kesan pengikut GISBH kembali fahaman lama secara dalam talian, kata Saifuddin

today6 December 2024

Background


Saifuddin Nasution Ismail berkata, perdana menteri mahu usaha kekang kembali kepada fahaman lama perlu dilaksana secara berterusan dan bukan bermusim.

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan ada pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) kembali kepada fahaman lama secara dalam talian.

Menteri Saifuddin Nasution Ismail, berkata mereka kini tidak menggunakan “kitab-kitab” untuk kembali kepada fahaman berkenaan.

Katanya, perdana menteri juga meminta polis mengekang sebarang unsur fahaman yang telah difatwakan sesat itu.

“Ini kerana kami mengesan pengikut-pengikut GISBH kembali kepada fahaman lama itu bukan melalui kitab-kitab, sebaliknya secara dalam talian,” katanya menurut Bernama selepas melakukan lawatan kerja ke IPD Tumpat, Kelantan.

Saifuddin berkata, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga bekerjasama bagi memantau kegiatan mereka secara dalam talian.

Katanya, KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi menyelaras usaha…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post