Hot FM

KDN siasat video Jalur Gemilang tak lengkap di ekspo bayi


tce baby expo
Tangkap layar video tular menunjukkan Jalur Gemilang tidak lengkap pada sebuah ekspo bayi di ibu negara baru-baru ini.
PUTRAJAYA:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiasat sebuah video memaparkan Jalur Gemilang tidak lengkap pada sebuah ekspo bayi di ibu negara baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata aspek siasatan akan dilaksanakan sama seperti isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap pada muka depan sebuah akhbar.

“Saya ambil peluang ini untuk mengingatkan semua pihak bahawa bendera ini lambang identiti negara yang membawa pelbagai makna dan maksud di sebaliknya.

“Jadi, sebarang bentuk kelalaian, kecuaian, kealpaan yang boleh mengundang rasa resah dalam kalangan masyarakat sebaik-baiknya (wajib) dielakkan,” katanya selepas perhimpunan bulanan KDN di sini.

Baru-baru ini, tular di media sosial paparan Jalur Gemilang di belakang pentas gerai sebuah syarikat makanan bayi dari Singapura pada pameran produk bayi di Pusat Pameran…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version