Hot FM

KDNK meningkat, defisit turun bukti Ekonomi Madani berkesan, kata PM


anwar ibrahim
Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Madani berjaya mengurangkan defisit fiskal kepada 4.1%. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.1% pada 2024, selain pengurangan defisit fiskal kepada 4.1% bukti keberkesanan dasar Ekonomi Madani, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dasar itu amat berkesan memateri keyakinan pelabur dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara.

“Insya-Allah, kerajaan Madani akan terus bekerja untuk mengekalkan momentum positif ini dan meningkatkan lagi prestasi pada tahun ini demi kemakmuran rakyat,” katanya dalam catatan di Facebook.

Anwar yang juga menteri kewangan, berkata ekonomi Malaysia mencatat prestasi hebat dengan pertumbuhan KDNK yang mengatasi unjuran asal antara 4 hingga 5% serta melonjak jauh lebih tinggi, berbanding 3.6% pada 2023.

Katanya, pertumbuhan kukuh tersebut didorong peningkatan pelaburan melonjak 12% tertinggi dalam 12 tahun, serta eksport terus berkembang, khususnya dalam sektor…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version