Hot FM

KDNK naik 14% pada suku ketiga bukti pemulihan ekonomi, kata Ismail



Ismail Sabri Yaakob berkata, peningkatan itu didorong pembukaan sektor ekonomi selaras peralihan ke fasa pandemik, selain kejayaan memberangsangkan penggunaan sektor swasta dan pasaran buruh negara. (Gambar Bernama)

BERA: Prestasi keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku ketiga tahun ini yang meningkat kepada 14.2% adalah bukti kejayaan kerajaan memacu pemulihan ekonomi pasca Covid-19, kata Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini sekali gus membuktikan tuduhan tidak tepat bahawa kerajaan gagal membawa perubahan kepada ekonomi negara.

Katanya, peningkatan itu juga didorong pembukaan sektor ekonomi selaras peralihan ke fasa pandemik, di samping kejayaan memberangsangkan penggunaan sektor swasta dan pasaran buruh negara.

“Peningkatan 14.2% itu lebih pesat daripada suku kedua 8.9% dan suku pertama sebanyak 5%,” katanya selepas menghadiri program Moh Ngeteh bersama komuniti Orang Asli di Kampung Orang Asli Bongkok di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version